Struktur Pendidikan Citra Struktur Penawaran Kursus Pendidikan Citra Sesi Akademik 2017-2018 1. Pelajar baru yang mula mendaftar Semester I Sesi Akademik 2017-2018 perlu lulus dan melengkapkan: 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Profesional iaitu melibatkan Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Perubatan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Program Perakaunan); 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i iaitu melibatkan Fakulti Sains dan Teknologi (Program Bioteknologi dan Pengurusan, Program Oleokimia, Program Sains Sekitaran, Program Kimia, Program Teknologi Kimia, Program Bioinformatik & Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan). 40 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bag...