Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FOOD

BIHUN GORENG LADA HITAM

Imej
BIHUN GORENG LADA HITAM Bahan-Bahan 1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut & tos 1 bungkus fishcake ~ potong kecil 10 biji tauhu pok ~ dihiris 1 cawan isi ayam yang didadu (MaDiHAa guna dada ayam) 1 biji lobak merah saiz sedang ~ disagat Sedikit kobis diracik halus (MaDiHaA guna lebih kurang 1/4 dari kobis saiz sederhana) 1 sudu besar lada hitam yang siap dikisar minyak untuk menumis  garam secukup rasa 1 sudu kecil gula 1 cawan air Bahan Tumbuk 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Cara Menyediakan Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.  Masukkan isi ayam & fishcake & masak seketika.  Masukkan kobis & lobak merah dan kacau sebati. Masukkan lada hitam, air, garam, gula & diikuti dengan tauhupok & bihun yang telah ditoskan. Gaulkan hingga sebati & sehingga bihun lembut.  Biarkan hingga secukup rasa & bolehlah dihidangkan.

SUBWAY😋

Imej
https://www.subway.com/en-MY PANDUAN MAKAN SUBWAY Bila pertama kali masuk Subway, kau perlu buang semua memori kau berkenaan makanan segera, kerana Subway, tidak seperti rangkaian makanan segera lain seperti Mc Donald atau KFC, kita sebagai pengguna akan terlibat secara terus dengan penyediaan makanan kita sendiri, dari proses pemilihan roti, menu, sayur sehinggalah ke air minuman. Roti Subway Ada 5 jenis roti Subway dengan tambahan 1 Tortilla Wrap atau flatbread. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah pada roti Subway. Saiz roti Subway ni ada 2. Satu adalah 6 inch (separuh) dan satu lagi adalah footlong. Boleh cuba tanya Sandwich Artist tu roti footlong besar mana. Harga kedua-dua saiz ni berbeza, yang kecil lebih murah, dan yang panjang lebih mahal. Roti Subway ada 2 jenis, iaitu  white bread  dan  wholemeal bread . Kalau perasan roti Gardenia pun ada 2 jenis, roti putih (yang plastik warna merah tu) dan roti  wholemeal  Gar...