SUBWAY😋

https://www.subway.com/en-MY

PANDUAN MAKAN SUBWAY

Bila pertama kali masuk Subway, kau perlu buang semua memori kau berkenaan makanan segera, kerana Subway, tidak seperti rangkaian makanan segera lain seperti Mc Donald atau KFC, kita sebagai pengguna akan terlibat secara terus dengan penyediaan makanan kita sendiri, dari proses pemilihan roti, menu, sayur sehinggalah ke air minuman.

Roti Subway


Ada 5 jenis roti Subway dengan tambahan 1 Tortilla Wrap atau flatbread.


Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah pada roti Subway. Saiz roti Subway ni ada 2. Satu adalah 6 inch (separuh) dan satu lagi adalah footlong. Boleh cuba tanya Sandwich Artist tu roti footlong besar mana. Harga kedua-dua saiz ni berbeza, yang kecil lebih murah, dan yang panjang lebih mahal.

Roti Subway ada 2 jenis, iaitu white bread dan wholemeal bread. Kalau perasan roti Gardenia pun ada 2 jenis, roti putih (yang plastik warna merah tu) dan roti wholemeal Gardenia selalunya yang plastik warna hijau. Jadi kalau nak rasa nak roti putih, ada 3 pilihan topping, dan kalau nak rasa roti wholemeal, ada 2 pilihan topping.


  • Italian bread – Italian bread ni adalah roti putih tanpa topping. So kalau nak roti yang jenis simple dan gebu, boleh la ambil roti ni.
  • Parmesan Oregano – Roti ni adalah roti putih, dengan topping Parmesan. Roti ni ok la kalau nak ada rasa gigit-gigit sikit kat atas roti tu.
  • Hearty Italian – Roti ini adalah roti italian, tapi topping dia lain sikit. Roti ni ada rasa crunchy dan keras sikit antara semua roti Subway.
  • Wheat – Wheat adalah roti wholemeal tanpa topping. Roti wholemeal ni selalunya bagus untuk pencernaan (tapi tak pasti kenapa).
  • Honey Oat – Ini juga adalah roti wholemeal, dan dia ada letak topping oat atas dia.



Selain roti, kalau kalian nak rasa Subway dalam bentuk Tortilla Wrap atau tanpa roti (Salad style) pun boleh jugak. Tanya je adik yang buat Sandwich tu.

Menu



Perlu diakui bahawa salah satu sebab kenapa orang tak minat datang Subway adalah sebab harga Subway yang mahal. Untuk satu sandwich Subway, kita memerlukan purata dalam RM 10. Kalau dibandingkan dengan offer dari francais lain seperti KFC dan McD, kau selalunya boleh dapat satu meal yang terdiri dari burger/ayam goreng dengan side dish dan air. 
Menu bagi sandwich Subway ni dibahagikan kepada 3, berdasarkan kepada harga mereka. 
Classic
Enam jenis menu Classics
  • Seafood Sensation – Subway Seafood Sensation ni ada rasa ketam sikit. 
  • Steak and Cheese – Steak and cheese ni ada rasa daging cincang yang diperap sekali dengan bahan perapan dia
  • Chicken Teriyaki – Sandwich ni mungkin sesuai untuk orang yang minat makanan Jepun. Teriyaki ni adalah dari daging ayam dan ada rasa manis, maka kalau kau orang nak try makan teriyaki ni, boleh mintak tambahan sos Sweet Onion nanti.
  • Meatball Marinara – Aum! Meatball Marinara ni daging meatball dia biasa je rasa dia, tapi sos marinara dia sedap kalau makan waktu panas-panas
  • Spicy Italian – Spicy Italian, sepertimana nama dia, ada rasa pedas dan masin sikit. Kau juga akan dapat 8 keping daging lembu pepperoni dan salami. Nak tambah rasa dia, aku suggestkan sos yang pedas-pedas macam chipotle southwest, sos BBQ dan sos cili.
  • Veggie Delite – Ah, menu untuk vegetarian. Simply roti kosong tanpa isi daging (cuma ada sayur), khusus untuk mereka yg tak makan daging atau sedang diet teruk.

Sayur

Lepas pilih menu, Sandwich Artist akan bakar roti dan menu kau bersama. Lepas siap dibakar, kau boleh pilih sayur yang ada. Sayur ni boleh ikut pilihan sendiri lah.
  • Lettuce – Awal kerja di Subway, aku selalu keliru lettuce dengan kobis. Aku ingat dia adalah sayur yang sama, tapi rupanya bukan.
  • Tomato – Tomato adalah buah, bukan sayur. Tomato kaya dengan vitamin C, Potassium, vitamin K1 dan vitamin B (bagus untuk ibu mengandung).
  • Timun – Timun selalunya buat Sandwich rasa fresh. Kaya dengan antioksidan, bagus untuk kesihatan.
  • Bell Pepper – Rasa dia tak sedap, tapi sebab banyak khasiat dan kaya dengan vitamin C, aku selalu letak sekali dalam Sandwich aku.
  • Bawang – Bawang, walaupun tak sedap dimakan mentah, bagus untuk menjaga kesihatan jantung.
  • Black Olives – Selalu sangat aku jumpa pelanggan yang ingat zaitun (Black Olives) ni sebagai cendawan, sebab bentuk dia hampir sama. Zaitun macam kita tahu, bagus untuk jantung.
  • Jalapenos – Jalapenos ni kita kenali sebagai cili jeruk. Tak pasti apa khasiat dia. Tapi kalau tambah dalam sandwich, akan bagi kita rasa masam pedas.
  • Pickles – Pickle atau jeruk timun ni akan buat sandwich kita jadi masam.

Sos

Ada 11 jenis sos dekat Subway. Jangan order dan mintak banyak sangat. Tak sedap kalau kau letak sos banyak sangat dalam sandwich.
  • Cili – Sos cili ni kegemaran rakyat Malaysia rasanya. Tak perlu diperkenalkan.
  • Ketchup – Sos tomato ni rasa masam-masam sikit. Sesuai untuk meatball marinara dan kalau kau nak rasa masam dalam sandwich kau.
  • Mayonnaise – Sos mayonnaise Subway ni tak ada rasa manis. Dia ada rasa lemak sahaja. Jadi jarang orang datang dan pilih sos mayo sahaja. Selalunya orang akan pilih sos mayo sebagai tambahan kepada sos yang lain.
  • Thousand Island – Sos ni berlemak, dan manis. Warna oren dia tu menggiurkan.
  • Sweet Onion Sauce – Sos ni rasa dia manis! Sesuai kalau nak rasa manis-manis dalam sandwich.
  • Honey Mustard – Kalau sweet onion tu manis, sos honey mustard ni rasa manis dan ada rasa berlemak.
  • BBQ sauce – Sos BBQ Subway agak pekat bagi aku. Rasa dia ada macam rasa benda terbakar. Eh?
  • Chipotle Southwest – Sos pedas ni takde rasa manis langsung. Dia straight to the point pedas dan masin. Takde rasa gula.
  • Ranch Dressing – Kalau kau rasa macam nak makan salad, ranch dressing ni sesuai untuk ganti Mayonnaise sebab dia ada rasa lemak dan masam pada masa yang sama.
  • Mustard – Pertama kali aku nak try rasa Yellow Mustard ni, mati-mati aku ingat yellow mustard ni rasa ala-ala cheesy sauce KFC. Ternyata aku tertipuuuu. Yellow Mustard ni rasa masam dan rasa kunyit!

RUJUKAN 

Ulasan

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CITRA UKM

CHEERS KAB