BIHUN GORENG LADA HITAM

BIHUN GORENG LADA HITAM



Bahan-Bahan

  • 1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut & tos
  • 1 bungkus fishcake ~ potong kecil
  • 10 biji tauhu pok ~ dihiris
  • 1 cawan isi ayam yang didadu (MaDiHAa guna dada ayam)
  • 1 biji lobak merah saiz sedang ~ disagat
  • Sedikit kobis diracik halus (MaDiHaA guna lebih kurang 1/4 dari kobis saiz sederhana)
  • 1 sudu besar lada hitam yang siap dikisar
  • minyak untuk menumis 
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air

Bahan Tumbuk

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih


Cara Menyediakan

  1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.  Masukkan isi ayam & fishcake & masak seketika.  Masukkan kobis & lobak merah dan kacau sebati.
  2. Masukkan lada hitam, air, garam, gula & diikuti dengan tauhupok & bihun yang telah ditoskan. Gaulkan hingga sebati & sehingga bihun lembut.  Biarkan hingga secukup rasa & bolehlah dihidangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUBWAY😋

CITRA UKM

CHEERS KAB